Latest News

Tuesday, April 26, 2016

Gangguan kerja binaan di lokasi parkir Multi Level, Jalan Binjai.



Gangguan kerja binaan di lokasi parkir Multi Level, Jalan Binjai.

Kepada pelanggan-pelanggan kami.

Pihak syarikat sedang menjalankan kerja-kerja kajian tanah di tapak operasi parkir Multi Level, Jalan Binjai. Kerja-kerja ini adalah sebahagian daripada aktiviti-aktiviti pembangunan oleh Kumpulan syarikat KLCC. Kerja-kerja ini dijadualkan akan selesai pada akhir bulan Julai, 2016.

Kerja-kerja ini mungkin menyebabkan sedikit gangguan terhadap laluan keluar / masuk kawasan parkir. Kami telah melakukan segala yang perlu untuk mengurangkan apa-apa jua masalah semasa tuan/puan berurusan dengan kami.

Kami memohon jasa baik tuan/puan untuk memerhati papan-papan tanda dan arahan-arahan dari pihak kami. Kami memohon maaf andainya ada gangguan-gangguan dan halangan-halangan yang menyukarkan pihak tuan/puan sepanjang kerja-kerja tersebut dijalankan.

Terima kasih.


Arah Moden Sdn Bhd